
Sambutan ini termasuk rumah terbuka Aidilfitri Petronas Rindok yang dijadual diadakan di Kuching, Sarawak, pada 11 April ini.
“Bagi pihak lembaga pengarah dan pengurusan Petronas, dukacita dimaklumkan bahawa semua sambutan Hari Raya seluruh kumpulan telah dibatalkan,” kata syarikat itu dalam kenyataan, lapor The Borneo Post.
“Ini (sebagai) tanda hormat dan solidariti terhadap komuniti yang terjejas oleh kejadian (kebakaran paip gas) di Subang Jaya baru-baru ini, serta barisan hadapan yang bertugas menyokong usaha pemulihan.”
Kebakaran pada pagi Selasa di Jalan Putra Harmoni itu menyambar 500m saluran paip gas, menyebabkan kerosakan teruk pada rumah dan kenderaan.
Sebanyak 235 premis terjejas akibat kebakaran itu, dengan 87 terbakar sepenuhnya dan 148 rosak. Kira-kira 400 kenderaan turut terjejas, iaitu 225 hangus dan 174 rosak.
Sehingga 10 malam semalam, seorang mangsa masih dalam unit rawatan rapi manakala 47 lagi dirawat di hospital.