
Project Syndicate menerusi laman webnya memaklumkan, senarai itu bertujuan mengiktiraf dan mengetengahkan golongan intelektual yang semakin menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.
“Individu-individu itu terlibat dalam pelbagai isu penting daripada perubahan iklim dan geopolitik sehingga berkait dengan demokrasi liberal dan masa depan kapitalisme,” menurut organisasi media global bukan berasaskan keuntungan itu.
“Setiap peserta terdiri pemimpin dalam bidang masing-masing, dan kami percaya pandangan mereka bukan sekadar membentuk wacana awam di negara masing-masing malah turut memberi impak yang besar pada peringkat global pada masa akan datang.”
Selain itu, tokoh lain tersenarai termasuk Profesor Ekonomi Universiti Yale Marina Halac; Profesor Ekonomi Universiti Harvard Oleg Itskhoki; dan Profesor Dasar Awam dan Kerajaan Universiti Oxford Yeling Tan.
Menurut Project Syndicate, pemilihan akhir dibuat dengan teliti oleh editor, bertujuan mengetengahkan individu yang diyakini berupaya membantu membentuk dan mencetuskan pemikiran kritis dalam debat politik.
Ditubuhkan pada awal 1990an, Project Syndicate menyediakan serta mengedarkan ulasan dan analisis mengenai pelbagai isu antarabangsa.
Pada 2024, dilaporkan bahawa ulasan Project Syndicate telah diterbitkan sebanyak 16,904 kali di seluruh dunia.