
KUALA KRAI: Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat, di sini sejak Sabtu lalu ditemui lemas di dua lokasi berbeza hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin, berkata mayat pertama ditemui di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi tadi.
“Mayat kedua pula dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah kira-kira 10 pagi,” katanya kepada Bernama.
Semalam, dua beradik lelaki Orang Asli berumur 16 dan 17 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai pada 3 Mei lalu.