
Fahmi Fadzil berkata, semua pemimpin berkenaan setuju tidak lagi mempertikaikan keputusan pemilihan selepas audit, yang mana menunjukkan tiada bukti pencerobohan dalam sistem ‘blockchain’ atau gangguan pihak ketiga.
Katanya, tiada manipulasi data atau kecacatan sistem.
“Tidak kira siapa yang menang atau kalah, kita mahu semua ahli parti perlu memastikan usaha dan agenda kerajaan Madani dapat dilaksanakan dengan baik sehingga tamat penggal,” katanya dalam sidang media.
Beberapa nama besar parti kalah pada pemilihan bahagian bulan lalu kepada ahli parti kurang dikenali, menjurus aduan kepada kemungkinan penyelewengan.
Selain Nik Nazmi dan Saraswathy, Ketua Pemuda Adam Adli, pendahulunya Akmal Nasir, dan beberapa Ahli Parlimen serta Adun turut kalah.
Pemilihan semula diadakan di empat bahagian minggu lalu, dengan Timbalan Ketua Penerangan Chua Wei Kiat dan bekas Ahli Parlimen Kapar G Manivannan, menang pemilihan selepas tewas pada pemilihan awal, masing-masing sebagai ketua Selayang dan Jempol.
Awal hari ini, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mengesahkan keputusan pemilihan bahagian yang boleh diakses di laman web parti.