Rakyat dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke India

Rakyat dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke India

Suruhanjaya Tinggi Malaysia nasihat rakyat tangguh perjalanan tidak mendesak ke India di sebalik ketegangan antara India dan Pakistan.

kashmir attack
Gambar papar kemusnahan di Muzaffarabad, dalam wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan pada 7 Mei. India lancar sembilan serangan susulan serangan militan dalam wilayah Kashmir yang ditadbir India. (Gambar EPA Images)
NEW DELHI:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan baru-baru ini.

“Memandangkan peningkatan ketegangan terkini antara India dan Pakistan, yang mana India melancarkan Operasi Sindoor ke atas Pakistan pada 7 Mei, Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera,” menurut kenyataan di platform X.

“Ini termasuk perjalanan untuk tujuan bercuti atau sebab tidak mendesak lain.”

Rakyat Malaysia yang berada di India dinasihatkan supaya mendaftar dengan suruhanjaya tinggi dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat [email protected].

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).

“Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.