
Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan berkata mangsa lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 33 tahun yang hubunganya tidak dapat dipastikan setakat ini.
Menurutnya, mayat ditemui pekerja rumah inap kira-kira 11.15 pagi di salah sebuah bilik yang mempunyai pelekat di keliling pintu manakala tingkapnya ditutup dengan plastik kanvas.
“Dia telah membuka pintu bilik tetapi tidak boleh dibuka kerana dihalang pelekat di pintu, dia kemudiannya membuka tingkap bilik dan terlihat kedua-dua si mati serta keadaan bilik bau busuk,” katanya dalam kenyataan.
Aidil berkata pemeriksaan pada mayat mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan sebarang unsur jenayah.
“Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan mendapati pendingin hawa telah dibalut dengan plastik sampah, pintu juga ditutup dengan plastik.
“Turut ditemui pemanggang berbeku yang didalamnya ada sisa arang yang telah dibakar selain dadah disyaki jenis ketamin,” katanya yang memaklumkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.