‘Fokus pemilihan, jangan fikir hal lain’, Saifuddin beritahu Rafizi

‘Fokus pemilihan, jangan fikir hal lain’, Saifuddin beritahu Rafizi

Saifuddin Nasution Ismail ingatkan Rafizi Ramli tidak memikirkan hal seperti kemungkinan beliau disekat ke Sarawak jika tidak lagi bergelar menteri.

saifuddin nasution
Saifuddin Nasution Ismail berharap Rafizi Ramli memberi tumpuan kepada kempen pemilihan PKR dan menekankan prestasi serta visi menguatkan parti.
PETALING JAYA:
Bekas setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Rafizi Ramli supaya menumpukan kempen pemilihan PKR berbanding perkara lain.

Pesanan itu menyusul selepas Rafizi dalam kempen timbalan presiden PKR di Sarawak, semalam membayangkan beliau mungkin akan kembali tidak dibenarkan masuk ke negeri itu sekiranya tiada lagi jawatan dalam kerajaan dan parti.

Menurut Saifuddin, Rafizi sepatutnya menggunakan tempoh berkempen untuk memperjelaskan visinya kepada parti sebelum pemilihan 23 Mei depan.

“Jangan fikir sama ada kita akan disekat dan sebagainya. Rafizi sahabat karib saya dan hampir setiap hari kami bercakap melalui telefon.

“Jadi, sekalipun sahabat karib, sudah menjadi kewajipan saya untuk menyampaikan pesan bahawa fokus kepada kempen kerana pemilihan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi,” selepas satu program di Papar, menurut Berita Harian.

Dari 2013 hingga 2018, kerajaan Sarawak (ketika itu dipimpin oleh Barisan Nasional) melarang Rafizi dan pemimpin Pakatan Harapan lain daripada memasuki negeri itu.

Larangan itu dikaji semula selepas PH membentuk kerajaan persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.