Pendakwah Wan Ji keluar PKR

Pendakwah Wan Ji keluar PKR

Wan Ji Wan Hussin menyerahkan permohonan keluar parti 1 Jan lalu.

Wan Ji Wan Hussin
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin pernah bersama PAS sebelum menyertai PKR pada 2015.
PETALING JAYA:
Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin meninggalkan PKR kerana “mahu mempunyai lebih sedikit musuh”.

Berita itu didedahkan bekas ketua PKR Petra Jaya, Iswardy Morni menerusi hantaran X semalam.

Wan Ji ketika dihubungi FMT mengesahkan beliau menyerahkan permohonan keluar parti 1 Jan lalu.

“Saya semakin tua. Oleh itu, saya perlu fikir untuk mempunyai lebih sedikit musuh.

“Ketika berada dalam PKR, ramai yang bukan daripada parti itu tidak mahu berkawan dengan saya.”

Beliau pernah bersama PAS sebelum menyertai PKR pada 2015, selain pernah dilantik pembantu kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada September 2023, mahkamah memerintahkan Wan Ji menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menghasut dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi hantaran Facebook pada 2012.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.