
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata video yang dikesan di platform media sosial TikTok pada 20 Jun lepas adalah tidak benar dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Video tersebut, yang dikaitkan dengan penerimaan bantuan kewangan daripada individu bernama Datuk Abdul Ghani dan kononnya telah dimasukkan ke dalam bank, adalah palsu dan tidak berasas.
“Pihak polis IPD Subang Jaya menegaskan bahawa Ketua Polis Negara ke-13 tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang dipaparkan dalam video tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.
Hussein berkata satu laporan polis telah dibuat Acryl sekali gus menafikan bahawa rakaman video tersebut merupakan kenyataan rasmi beliau.
Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan semula video itu dan diminta untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi kandungan di media sosial.
“Polis Selangor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI untuk tujuan penipuan atau fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu ini,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.