
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan mayat pada 2 petang, Khamis lalu.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang kewarganegaraannya masih belum pasti, dianggarkan berusia lingkungan 40-an.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan tenggelam di dalam air serta tersangkut pada batu dan kayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sik berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi Balai Polis Gua Musang melalui talian 09 9121222.