
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Isa, berkata suspek telah direman hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Siasatan hampir selesai. Kita sedang menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya,” katanya kepada FMT.
Pegawai itu direman selama lima hari sehingga 28 April.
Siasatan awal mendapati pegawai tentera berusia 31 tahun itu memandu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu pemandu e-panggilan berusia 41 tahun.
Kereta tersebut membawa pasangan warga Bangladesh yang sedang bercuti di Malaysia.
Lelaki yang maut dalam kemalangan itu dipercayai seorang pencipta kandungan permainan video. Isterinya yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Ujian pernafasan mendapati tahap alkohol dalam darah pegawai tersebut melebihi had dibenarkan, manakala ujian air kencingnya negatif dadah.
Kes pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol.