
Muhyiddin Yassin pula dicadangkan berperanan sebagai penasihat dan mentor.
Usul mencadangkan Hamzah sebagai ‘pemimpin barisan utama itu’ dibawa Timbalan Ketua Akkil Aizat Othman, dan diterima sebulat suara dalam persidangan tahunan parti bahagian itu semalam.
Usul itu bagaimanapun tidak secara langsung mencadangkan Hamzah menduduki kerusi presiden.
Usul sama turut mencadangkan Radzi Jidin untuk memimpin pengurusan parti.
Akkil memberitahu FMT bahawa usul itu bukan bertujuan menolak kepimpinan Muhyiddin.
Sebaliknya, menurut beliau, Bersatu memerlukan kestabilan dan hala tuju yang lebih jelas menjelang PRU16 memandangkan parit itu kini dilihat terlalu perlahan dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.
“Kita menghormati kebijaksanaan Muhyiddin, tetapi macam saya katakan tadi, kita memandang Bersatu perlu menjuarai permasalahan rakyat sekarang.
“Kita memandang rakyat sendiri mencari akan parti yang bolehkan memperjuangkan permasalahan mereka,” katanya.
Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, ketika dihubungi berkata bahagiannya sentiasa mengamalkan keterbukaan dan semua pihak boleh membawa suara akar umbi.
“Bagi saya cadangan usul dari cawangan itu ingin mendesak parti lebih agresif menjuarai isu rakyat,” katanya.
Muhyiddin dan timbalannya, Hamzah, masing-masing tidak dicabar dalam pemilihan Oktober. Radzi merupakan naib presiden.
Hal ehwal pentadbiran parti ketika ini diurus oleh Setiausaha Agung Azmin Ali.