
Komander Operasi, Jasni Saidin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.19 malam.
Katanya, mereka kemudiannya menghantar sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan bersama tujuh anggota ke lokasi sejauh 18 kilometer (km).
“Sebaik tiba di lokasi pada 10.40 malam, kita dapati berlaku kejadian kemalangan di tempat kerja.
“Terdapat seorang pekerja warga Bangladesh berusia 34 tahun dihempap mesin pengangkut konkrit di lokasi.
“Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat sehingga selesai,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Sinar Harian.
Beliau berkata mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.