Kertas siasatan kematian murid Tahun 4 dirujuk kepada AGC

Kertas siasatan kematian murid Tahun 4 dirujuk kepada AGC

Siasatan dilengkapkan dengan bantuan unit D10 dan D11 daripada Bukit Aman, kata ketua polis Negeri Sembilan.

Alzafny Ahmad
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, pihaknya telah rakam keterangan 49 individu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian murid Tahun 4 di Senawang awal bulan ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kertas siasatan kes kematian murid Tahun 4 di sebuah sekolah di Senawang awal bulan ini telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai elemen termasuk Unit Sains Tingkah Laku (D11) dan Unit Siasatan Forensik (D10) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hala tuju siasatan selain daripada melihat jika ada unsur jenayah dalam siasatan mati mengejut (SDR), ia juga merangkumi aspek kemungkinan berlakunya insiden buli atau sebaliknya,” katanya, lapor Bernama.

Alzafny berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan 49 individu bagi melengkapkan siasatan.

Dilaporkan sebelum ini, seorang murid lelaki berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah pada 1 Okt lepas.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat tekanan pada leher, tanpa sebarang kecederaan lain pada tubuh badannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.