Rafizi sambung beri keterangan esok

Rafizi sambung beri keterangan esok

Rakaman keterangan akan diteruskan bagi hari ketiga dijadualkan petang esok.

Rafizi Ramli
Rakaman keterangan Rafizi Ramli bagi hari kedua selesai 7 malam tadi.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyambung rakaman keterangan bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, esok, selepas sesi hari kedua berlangsung hampir sembilan jam hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar, berkata Ahli Parlimen Pandan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar 10 pagi tadi sebelum rakaman keterangan dijalankan sehingga kira-kira 7 malam.

“Rakaman percakapan beliau bagi hari kedua telah selesai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, proses rakaman keterangan akan diteruskan bagi hari ketiga yang dijangka berlangsung petang esok.

Rakaman keterangan itu bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited dari United Kingdom, membabitkan perjanjian kerjasama strategik dalam industri semikonduktor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.