25 fahaman diwarta sebagai ajaran sesat

25 fahaman diwarta sebagai ajaran sesat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar berkasa ia juga dikesan masih aktif setakat September lalu.

Mohd Naim Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata polis juga telah membuat 35 tangkapan setakat ini berkaitan ajaran sesat dan meragukan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan telah mewartakan sebanyak 25 ajaran sesat dan dikesan masih aktif setakat September lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata polis juga telah membuat 35 tangkapan setakat ini berkaitan ajaran sesat dan meragukan.

“Sehingga September 2025, mengambil kira jumlah ajaran sesat yang sudah diwartakan dan aktif setakat ini yang direkodkan adalah sebanyak 25 ajaran sesat,” katanya menerusi jawapan lisan di Dewan Rakyat, menurut Harian Metro.

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) yang ingin tahu mengenai jumlah ajaran sesat yang sudah diwartakan dan jumlah tangkapan bagi tahun ini.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini, sebanyak 154 ajaran sudah difatwakan sesat di seluruh negara sejak 1950 hingga 2023.

Di Selangor, sebanyak 45 ajaran sesat dan khurafat yang sudah difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, di mana sebahagiannya dikesan masih aktif bergerak secara tersembunyi di beberapa daerah seperti Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Dalam kes terbaru semalam, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) turut menahan ketua dan tujuh pengikut kumpulan ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’ kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan ajaran sesat.

Pengarahnya Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata mereka ditahan hasil serbuan di bekas gudang perabot yang dijadikan tempat tinggal di Jerantut, petang kelmarin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.