
Johari berkata, bagaimanapun Hamzah sehingga kini belum memberi maklum balas.
“Prosedur yang dilaksanakan itu adalah selaras dengan amalan dan urusan biasa Parlimen seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya menurut Utusan Malaysia pada sidang akhbar, di Temerloh.
Beliau menegaskan tidak akan mengulas lanjut mengenai status pertukaran itu dan menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak pembangkang untuk memberikan penjelasan lanjut.
Johari ketika mengulas lanjut, berkata speaker Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa mengarahkan seseorang Ahli Parlimen melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang, meskipun terdapat cadangan atau ketetapan dikemukakan blok pembangkang.
“Kedudukan ketua pembangkang adalah perkara ditentukan oleh blok pembangkang sendiri dan bukan dalam bidang kuasa speaker Dewan Rakyat,” katanya.
Terdahulu pada April, dilaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan ketua pembangkang.
Dewan Rakyat akan kembali bersidang mulai 22 Jun hingga 16 Julai.