
Pengarah Kastam Kedah, Wan Marini Wan Hamzah, berkata serbuan berdasarkan maklumat risikan kira-kira 10 malam 13 Okt lalu menjumpai sebuah sampan ditinggalkan bersama empat guni tertera tulisan Thailand.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas guni berkenaan menemui sejumlah besar bahan disyaki dadah jenis bunga ganja dengan berat kasar 67.48kg.
“Anggaran nilai keseluruhan rampasan ialah RM6,209,816,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunakan sampan sebelum ditinggalkan di kawasan pantai dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dihukum sekurang-kurangnya 15 sebatan.”
Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran dan memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.