GRS umum 4 lagi calon PRN, lengkap 55 kerusi

GRS umum 4 lagi calon PRN, lengkap 55 kerusi

Calon terbabit adalah Bonaventure Boniface di DUN Tamparuli, Samsiah Usman (Kukusan), Robert Tawik (Bingkor) dan Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik).

Hajiji
Pengerusi GRS, Hajiji Noor berkata semua calon membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai.
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan empat lagi calon akan bertanding pada PRN ke-17 sekali gus melengkapkan keseluruhan 55 kerusi.

Calon terbabit adalah Bonaventure Boniface di DUN Tamparuli, Samsiah Usman (Kukusan), Robert Tawik (Bingkor) dan Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik).

Pengerusi GRS, Hajiji Noor, berkata semua calon membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai.

“Saya yakin mereka berupaya untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya menurut Utusan Borneo.

Hajiji sekali lagi menyeru semua penyokong GRS terus bersatu dan memastikan kemenangan, bagi memberikan kerajaan pimpinan gabungan itu mandat sekali lagi untuk meneruskan pembangunan Sabah.

Semalam, Hajiji mengumumkan 51 calon GRS akan bertanding pada PRN 29 Nov.

Katanya, mereka yang ditampilkan adalah gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muda dengan 35% terdiri muka baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.