
Syarikat itu dalam kenyataan berkata siasatan mendapati kontraktor sedang melakukan kerja pembaikan bumbung dan kalis air apabila ribut petir melanda kawasan itu, memaksa kerja dihentikan serta-merta mengikut prosedur keselamatan.
Namun, kontraktor terbabit didakwa meninggalkan papan lapis digunakan menutup titik saliran menyebabkan salah satu saliran utama tersumbat.
“Apabila hujan luar biasa turun, air tidak dapat dialirkan dan terkumpul di atas bumbung sebelum menitis ke dalam balai berlepas,” katanya.
Malaysia Airports menyifatkan kegagalan asas itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ bagi kontraktor yang mengurus infrastruktur kritikal lapangan terbang.
Menurutnya, tindakan tegas sedang diambil terhadap syarikat terbabit.
Pihaknya turut mengarahkan penambahbaikan segera termasuk kewajipan merujuk ramalan cuaca sebelum memulakan kerja di bumbung serta memperkukuh protokol pemberhentian kerja apabila situas itu itu berlaku.
Kejadian kebocoran itu berlaku 6 petang semalam yang telah menjejaskan beberapa bahagian di lapangan terbang itu.