PRN Sabah: Hampir 61% keluar undi hingga 4 petang

PRN Sabah: Hampir 61% keluar undi hingga 4 petang

Pusat mengundi di 73 DUN akan ditutup 5 petang ini.

PRN Sabah-Polling Day
SPR berkata seramai 1,062,114 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka sejak pusat mengundi dibuka 7.30 pagi tadi.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi bagi PRN Sabah ke-17 mencecah 60.94% sehingga 4 petang, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR berkata, seramai 1,062,114 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka sejak pusat mengundi dibuka 7.30 pagi tadi.

Pusat mengundi di 73 DUN akan ditutup 5 petang ini.

Terdapat 1,784,843 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih bagi PRN Sabah ke-17, yang diadakan selepas pembubaran DUN pada 6 Okt lalu.

PRN Sabah kali ini menyaksikan 596 calon bertanding bagi merebut 73 kerusi DUN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.