Bank Rakyat rangkul Anugerah Kepimpinan ESG

Bank Rakyat rangkul Anugerah Kepimpinan ESG

Anugerah diberikan atas pencapaian cemerlang dalam menerapkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus secara holistik dalam operasi, inisiatif jangkauan komuniti serta strategi perniagaannya.

bank rakyat anugerah
Bank Rakyat menerima Anugerah Kepimpinan ESG pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2025, baru-baru ini.
PETALING JAYA:
Bank Rakyat sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap agenda kelestarian apabila berjaya merangkul Anugerah Kepimpinan ESG, baru-baru ini.

Ia diterima Ketua Pegawai Strategi dan Kelestarian Bank Rakyat, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria, pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera
(BBEA) 2025.

Anugerah itu diberikan atas pencapaian cemerlang Bank Rakyat dalam menerapkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) secara holistik dalam operasi, inisiatif jangkauan komuniti serta strategi perniagaannya.

Bank Rakyat berkata, pengiktirafan itu turut menghargai inisiatif kelestarian perniagaannya menerusi program keusahawanan
‘RAKYATpreneur’ dan ‘Bank Rakyat UNIpreneur’ dalam menyantuni perniagaan asnaf serta usahawan siswa asnaf yang berpotensi.

Katanya, selaras komitmennya terhadap agenda ESG, pembiayaan lestari merupakan fokus strategik bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi
rendah karbon melalui penyediaan produk pembiayaan kompetitif dan mesra alam.

“Ia termasuk Pembiayaan Peribadi-i bagi pembelian panel solar, Pembiayaan Kenderaan-i bagi pembelian kenderaan hibrid dan elektrik serta Pembiayaan Peribadi-i bagi pembelian motosikal elektrik.

“Usaha ini bukan sahaja menyokong perkembangan ekosistem yang lestari, malah membantu pelanggan membuat pilihan kewangan yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

“Pengiktirafan ini turut menyuntik motivasi dan semangat kepada bank untuk terus memperkenalkan strategi inovatif dan memperluas program kelestarian sosial dan alam sekitar demi manfaat masyarakat secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, komitmen itu seiring aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kelestarian, kesejahteraan dan inklusiviti sebagai asas pembangunan negara pada masa depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.