Suaram gesa menteri dalam negeri bentang pindaan Sosma menjelang Februari

Suaram gesa menteri dalam negeri bentang pindaan Sosma menjelang Februari

Suaram dalam 'Malaysia Human Rights Report 2025 Overview' berkata pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tertangguh sekian lama.

Suaram executice
Pengarah Eksekutif Suaram Azura Nasron (tengah) bersama ahli lembaga pengarah dan jawatankuasanya pada pelancaran Suaram’s Malaysia Human Rights Report Overview 2025 in Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Sebuah kumpulan hak asasi menggesa menteri dalam negeri membentangkan pindaan terhadap penahanan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) menjelang Februari, yang disifatkannya pembaharuan tertangguh sekian lama,

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam ‘Malaysia Human Rights Report 2025 Overview’ menegaskan kerajaan tidak patut menangguhkan pindaan itu lagi dan “Februari 2026 harus menjadi tarikh akhir” untuk pindaan itu dibentangkan.

Suaram menggesa Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail untuk sekurang-kurangnya memansuhkan Seksyen 4(5) Sosma supaya penahanan sebelum pendakwaan tertakluk di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan diawasi badan kehakiman segera serta berkala.

“Perlindungan ini penting untuk mengelakkan penyeksaan dan penganiayaan dalam penahanan,” katanya dalam laporan setebal 125 halaman yang dikeluarkan hari ini.

Seksyen 4(5) Sosma membenarkan polis menahan individu disyaki melakukan kesalahan keselamatan sehingga 28 hari tanpa perintah reman mahkamah, melangkaui pengawasan mahkamah biasa untuk siasatan rumit.

Suaram turut mengesyorkan pindaan Seksyen 13(1) untuk mengembalikan hak individu didakwa bawah Sosma bagi memohon ikat jamin, dengan keputusan dibuat berdasarkan budi bicara mahkamah.

Ia turut menggesa pemansuhan Seksyen 30(1) bagi memastikan individu dibebaskan daripada kesalahan keselamatan tidak diletakkan dalam tahanan hanya kerana pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan.

Penyelaras Dokumentasi dan Pemantauan Suaram, Jernell Tan memberitahu FMT, kumpulan itu merekodkan 175 penahanan berkaitan Sosma tahun lalu, lonjakan daripada 66 kes pada 2023.

Februari lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, kerajaan mempertimbangkan ikat jamin dibenarkan bagi kesalahan tertentu di bawah Sosma, undang-undang yang dikritik kumpulan hak asasi bagi membolehkan membenarkan penahanan berterusan tanpa perbicaraan.

Penguatkuasaan sosial

Laporan itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap kebergantungan berterusan atas penguatkuasaan agama dan sosial untuk mengawal ekspresi budaya, kepercayaan dan penyertaan sosial.

Menurutnya, pendekatan itu meningkatkan ketegangan antara pihak berkuasa agama negeri dan hak individu kerana penguatkuasaan ad hoc menjejaskan kebebasan sivil.

Suaram menekankan laporan pihak berkuasa Terengganu mempertimbangkan hukuman sebat terbuka di kawasan seperti taman dan pasar.

Ia menggesa kerajaan mewujudkan rangka kerja pemantauan seragam yang merangkumi semakan teologi, kepekaan budaya dan penilaian berasaskan bukti.

Menurut kerajaan Kelantan, sekurang-kurangnya 17 individu LGBT disiasat mengikut pelbagai undang-undang syariah negeri itu setakat bulan lalu.

“(Terdapat) peningkatan panik terhadap ekspresi LGBTQ atau ekspresi bukan heteroseksual cisgender. Ekspresi jantina, termasuk pemakaian, gerak-geri dan ekspresi diri, khasnya artis, penggiat seni serta hadirin acara awam semakin diteliti,” menurut laporan itu.

Penderaan dalam tahanan dan Akta Hasutan

Kumpulan hak asasi itu turut menggesa Jabatan Penjara mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai terbabit dakwaan menyerang 100 tahanan di Penjara Taiping oleh lebih pegawai penjara bertopeng dan bersenjata.

“Ini patut disertakan rakaman dan laporan telus terhadap hasil tindakan disiplin kepada tahanan terjejas serta keluarga mereka.

Suaram turut mengulangi gesaan sekian lamanya untuk memansuhkan sepenuhnya Akta Hasutan dan menghentikan segera kes membabitkan ucapan politik tidak ganas.

“Tiba masanya menilai semula siasatan dan pendakwaan sedang berjalan dengan tujuan menghentikannya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.