
PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian dua kenderaan yang enggan memberi laluan kepada sebuah ambulans yang berada di laluan kanan Lebuhraya Kesas walaupun siren dibunyikan.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pagi ini selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial.
Wan Azlan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang semalam ketika ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sentosa di Klang untuk mengambil pesakit yang mengalami demam panas.
“Ambulans itu dihalang oleh dua kenderaan di hadapan yang tidak memberi laluan walaupun siren dibunyikan.
“Pemandu ambulans tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.