
Timbalan Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata lelaki berusia 30 tahun yang tertarik dengan tawaran berkenaan dihubungi seorang individu sebelum mangsa dijanjikan pulangan harian antara RM550 hingga RM600.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat 23 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza antara 20 Okt hingga 7 Dis lalu menggunakan wang simpanan peribadi, simpanan perniagaan, pinjaman keluarga serta jualan barang kemas.
“Namun, selepas bayaran dibuat mangsa gagal mengeluarkan wang keuntungan dan diminta membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan.
Azri berkata, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di IPD Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.