Keji tolak menteri atas warna kulit, kaum, kata PM

Keji tolak menteri atas warna kulit, kaum, kata PM

Perdana menteri bidas pihak mempertikaikan pelantikan Hannah Yeoh sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh (kiri) dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak mempertikaikan pelantikan Hannah Yeoh sebagai menteri Wilayah Persekutuan baharu dalam rombakan Jemaah Menteri semalam.

“Menolak seseorang kerana warna kulit atau kaumnya… itu sesuatu yang sangat keji pada zaman sekarang.

“Kadang-kala saya tidak faham tahap sikap tidak bertoleransi sesetengah rakyat kita,” katanya pada majlis bersama editor.

Yeoh, yang sebelum ini merupakan menteri belia dan sukan mengambil alih portfolio Wilayah Persekutuan yang sebelum ini diterajui oleh Zaliha Mustafa, seorang daripada dua menteri yang digugurkan daripada Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, Lo Su Fui daripada Gabungan Rakyat Sabah dilantik sebagai timbalan Yeoh.

Kritikan terhadap barisan baharu itu termasuklah daripada PAS, yang mana Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan menyifatkan pelantikan dua pemimpin berbangsa Cina bagi portfolio Wilayah Persekutuan sebagai strategi sengaja mengukuhkan dominasi DAP di pusat bandar utama.

Anwar menepis kritikan tersebut, menegaskan: “Beliau mewakili kerajaan dan dasar-dasarnya, bukan DAP. Saya tidak mewakili PKR tetapi mewakili kerajaan dan dasar-dasarnya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.