2 beranak maut MPV bertembung kereta di Jeli

2 beranak maut MPV bertembung kereta di Jeli

Pemandu berusia 39 tahun dan anak lelakinya berusia 16 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

bapa dan anak maut kemalangan di jeli
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan di Kampung Batu Melintang di Jeli, Kelantan petang tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta sebelum terbalik ke bawah tebing jalan di Kampung Batu Melintang di Jeli, Kelantan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, pemandu MPV jenis Perodua Alza berusia 39 tahun bersama anak lelakinya berusia 16 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba Jeli, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 petang dan tiba di lokasi pada jam 2.14 petang.

Katanya, kejadian itu menyebabkan Perodua Alza itu terbalik dan jatuh ke bawah tebing jalan.

“Terdapat dua mangsa tersepit dalam kenderaan dan kedua-duanya berjaya dikeluarkan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli.

Tambah beliau, pemandu kereta Toyota Lexus hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.