Disyaki amang seksual murid, guru direman 6 hari

Disyaki amang seksual murid, guru direman 6 hari

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata suspek ditahan pada 19 Dis dan sudah mengajar di sebuah sekolah rendah agama sekitar 11 tahun.

handcuff
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata suspek berusia 40 tahun itu direman sehingga 25 Dis susulan laporan kes amang seksual pada Selasa lalu. (Gambar Freepik)
KUALA LUMPUR:
Guru disyaki terlibat kes amang seksual terhadap murid lelaki 11 tahun di sebuah sekolah rendah agama (SRA) di Wangsa Maju, direman sehingga 25 Dis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 19 Dis lalu.

“Suspek seorang lelaki berumur 40 tahun dan telah mengajar di sekolah berkenaan lebih kurang 11 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Polis Wangsa Maju Mohammad Lazim Ismail berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung satu laporan amang seksual membabitkan seorang pelajar lelaki SRA selepas pihaknya menerima laporan, Selasa lalu.

Beliau berkata, polis sudah merakam keterangan tujuh individu termasuk mangsa bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” kata Lazim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.