Simpan SSPN permudah simpanan pendidikan, tawar pelbagai manfaat

Simpan SSPN permudah simpanan pendidikan, tawar pelbagai manfaat

Pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 dan perlindungan takaful percuma.

ptptn
Pembukaan akaun Simpan SSPN boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi myPTPTN.
PETALING JAYA:
Bagi kebanyakan ibu bapa, impian melihat anak melangkah ke menara gading sering hadir bersama kebimbangan tentang kos pendidikan yang semakin meningkat.

Justeru, tabungan sejak awal antara langkah yang paling praktikal bagi meringankan beban kewangan pada masa depan. Pegawai tadbir dan diplomatik Siti Kamariah Ghazali mungkin di kalangan ribuan ibu bapa yang telah membuat persediaan itu.

Ibu berusia 48 tahun itu mengambil inisiatif membuka akaun di Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau dikenali Simpan SSPN sejak 10 tahun lalu dan simpanan secara konsisten setiap bulan.

Siti Kamariah Ghazali.

Harapan Siti Kamariah apabila anak lelakinya yang kini yang berusia 11 tahun, tidak bimbang soal pembayaran yuran apabila ingin melanjutkan pengajian kelak, paling penting bebas hutang apabila ingin mula membina kerjaya.

Menurut Siti Kamariah, skim itu bukan sahaja membantu ibu bapa merancang kewangan jangka panjang, malah menawarkan pelbagai manfaat tambahan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Pegawai di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, turut menarik perhatian beliau ialah perlindungan takaful disediakan di bawah Simpan SSPN, yang menurutnya boleh menjadi penyelamat sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Jadi saya galakkan ibu bapa menyimpan dengan Simpan SSPN kerana banyak manfaatnya,” katanya.

Mesra pendeposit

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan dua skim simpanan iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang kedua-duanya mesra pendeposit serta boleh dibuka pada bayaran minimum antara RM20 hingga RM30.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime ialah perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian/ ilat kekal menyeluruh kepada mereka.

Selain itu, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 bagi satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.

Keistimewaan pelepasan taksiran cukai yang dilanjutkan kerajaan untuk tempoh tiga tahun lagi pastinya boleh mendorong lebih ramai ibu bapa memulakan simpanan menerusi Simpan SSPN sebaik sahaja anak lahir ke dunia.

Dari segi dividen, skim itu pada tahun lalu merekodkan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan 4.05%, mengatasi 3.60% direkodkan dua tahun lalu.

Produk Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam (6) pakej serendah RM30 sebulan (Pakej Intan) hingga RM500 sebulan (Pakej Berlian) dengan manfaat tambahan seperti manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta.

Manfaat khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum lima (5) orang anak, takaful penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital, perlindungan takaful sehingga umur pendeposit 69 tahun dan manfaat ini tertakluk kepada pakej yang dipilih dan Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih oleh pendeposit.

Menerusi Simpan SSPN, ibu bapa yang mempunyai objektif simpanan jangka masa panjang dan mengikuti pelan simpanan secara konsisten dapat memaksimumkan manfaat kewangan serta pelepasan taksiran cukai pendapatan diperolehi.

Tiga langkah mudah

Selain menyediakan pejabat cawangan di seluruh negara, PTPTN turut memudahkan urusan pembukaan akaun Simpan SSPN secara dalam talian melalui apliksai myPTPTN yang lebih mudah, cepat dan selamat serta memanfaatkan perkembangan pesat teknologi masa kini.

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025

Jika membuat simpanan sekarang, anda mungkin menjadi antara 550 pemenang di melalui ‘Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025’ yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM1.5 juta.

Kempen bermula 1 Jan hingga 31 Dis 2025.

Jadi tunggu apa lagi!!! Buka segera akaun Simpan SSPN dan tambah jumlah simpanan untuk peluang menangi hadiah lumayan, selain menyediakan masa depan lebih baik untuk anak-anak.

Layari laman sesawang PTPTN atau muat turun aplikasi myPTPTN di App Store, AppGallery dan Google Play.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.