Keluar kerajaan: Pemuda MCA sokong Akmal

Keluar kerajaan: Pemuda MCA sokong Akmal

Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon berkata semua pihak seharusnya melihat gesaan Dr Akmal Saleh dari sudut kaca mata lebih luas demi masa depan BN.

Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon berkata desakan Dr Akmal Saleh harus dilihat dari sudut lebih luas.
PETALING JAYA:
Pemuda MCA menyokong sekutunya dalam Barisan Nasional, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang mendesak parti itu keluar daripada kerajaan perpaduan.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, berkata semua pihak seharusnya melihat gesaan Akmal, yang juga ketua Pemuda BN dari sudut kaca mata lebih luas demi kepentingan dan masa depan gabungan itu.

“Saya mengulangi pendirian kami bahawa MCA wajar keluar daripada menyokong kerajaan perpaduan sekiranya ia terus membiarkan ketidakadilan terhadap masyarakat terus berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Ling yang juga Adun Yong Peng turut menegaskan MCA terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti mempunyai matlamat perjuangan sama.

“Kami di MCA terbuka untuk bersama dalam mana-mana gabungan parti asalkan ideologi dan perjuangan parti-parti berkenaan mempunyai matlamat yang sama dengan MCA, moderat, mendukung Perlembagaan Persekutuan dan tidak ekstrem,” katanya.

Beliau juga menuduh pemimpin DAP yang turut menjadi sebahagian kerajaan hari ini sebagai biadab kerana didakwa menghina bekas perdana menteri Najib Razak.

“Mereka (DAP) juga dilihat gagal mentadbir negara dengan baik walaupun berpeluang duduk di kerusi menteri sebagai pembuat dasar,” katanya.

Semalam, Akmal secara terbuka menyeru kepimpinan tertinggi parti Melayu itu menerima PAS sebagai sekutu baharu dan tidak gentar kembali menjadi pembangkang.

Berucap pada sidang konvensyen khas Pemuda, Akmal mendakwa kerajaan Madani yang ada hari ini tidak akan jatuh jika Umno menarik kembali sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.