
Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Embol, berkata kehilangan wanita itu, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, dilapor adiknya pada 12.06 tengah malam tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati wanita itu telah keluar dari Hospital Shah Alam setelah melawat suaminya di wad kira-kira 2 petang semalam.
“Kali terakhir mangsa berhubung dengan suaminya pada tarikh tersebut ialah 3 petang melalui aplikasi WhatsApp. Sehingga kini mangsa masih belum dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan.
Ramsay berkata, individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung keberadaan mangsa boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Izzman Mohd Idrus yang juga ketua polis balai Seksyen 6 di talian 013 4003355.