MB Perlis tetap pelawa Adun PAS sertai exconya

MB Perlis tetap pelawa Adun PAS sertai exconya

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata surat pelawaan dihantar kepada Presiden PAS Hadi Awang kelmarin.

Abu Bakar Hamzah
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata barisan exconya kekal empat Adun Bersatu setakat ini, yang dijangka mengangkat sumpah di Istana Arau esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tetap mempelawa Adun PAS menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bakal dibentuknya, walaupun parti itu mengarahkan wakil rakyatnya tidak berbuat demikian.

Menurutnya, surat pelawaan dihantar kepada Presiden PAS, Hadi Awang, kelmarin susulan hubungan baik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, barisan exconya kekal empat Adun Bersatu setakat ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah di Istana Arau esok.

Katanya menurut Berita Harian selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam negeri di Kangar, yang turut dihadiri bekas menteri besar merangkap Adun Sanglang Shukri Ramli, Pengerusi PN Perlis, Shahidan Kassim, barisan Adun kerajaan dan pembangkang negeri.

Pada 30 Dis lalu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, parti itu memutuskan tidak menganggotai exco baharu akan dibentuk Abu Bakar.

Beliau berkata, semua exconya di negeri itu juga akan melepaskan jawatan mereka sebagai tanda solidariti terhadap peletakan jawatan Shukri sebagai menteri besar pada 25 Dis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.