
PETALING JAYA: Dua rentung dalam kebakaran kuarters pekerja di Miri hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, berkata mangsa ialah seorang lelaki dan wanita, tetapi identiti mereka belum dikenal pasti.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.59 pagi tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran memusnahkan kuarters kayu berkembar setingkat dua pintu dan dua mangsa ditemui rentung,” katanya menurut Berita Harian.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan dua mangsa itu.