
Menurut jabatan itu, jalan ditutup hingga 25 Jan atas faktor keselamatan kepada pengguna.
“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya di kawasan itu diminta memberi kerjasama sepanjang penutupan jalan ini dan hati-hati memandu, rancang perjalanan serta patuhi arahan pihak berwajib,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Sementara itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan Awam dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari memberitahu Bernama, lubang benam itu dikesan 9.30 pagi tadi dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.
“Kejadian melibatkan lubang benam sepanjang 2m dengan lebar juga 2m dan kedalaman kira-kira 1.7m,” katanya.
Beliau menambah, pihak berkuasa telah mengambil tindakan awal dengan memasang penghadang plastik untuk menutup jalan di kedua arah, sementara tindakan pengorekan diambil bagi mengenal pasti punca sebenar wujudnya lubang benam itu.