
Menurut sumber, kedua-dua individu hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 1.30 petang bagi melengkapkan proses siasatan yang sedang dijalankan terhadap pusat dakwah itu.
“Fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melengkapkan kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut,” katanya..
Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan rakaman percakapan itu.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Terdahulu, kedua-dua suspek dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan reman pada 5 petang semalam, selepas ditahan buat kali kedua pada Jumaat lepas bagi tujuan siasatan.