
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas berterusan.
“Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya. Meskipun (paras air di empangan) hanya pada peringkat amaran tetapi kita tidak mahu tunggu sampai ke peringkat kritikal baru hendak berusaha,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penggulungan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026 hari ini.
Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, lokasi yang terlibat dengan operasi pembenihan awan tersebut ialah Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap di Johor, masing-masing akan dilakukan pada esok, Khamis dan Ahad.
Pada Jumaat dan Sabtu pula, katanya, lokasi yang terlibat ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning di Kedah serta Empangan Bukit Merah di Perak.