Diesel di Semenanjung naik 3 sen

Diesel di Semenanjung naik 3 sen

Harga baru itu berkuat kuasa hingga 18 Feb.

fuel prices
PETALING JAYA:
Harga diesel di Semenanjung naik 3 sen kepada RM2.99 seliter bermula esok seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga baharu itu berkuat kuasa hingga 18 Feb ini.

Sementara itu, di Sabah, Sarawak dan Labuan harga diesel kekal RM2.15 seliter.

Harga RON95 tanpa subsidi masih berada pada RM2.54 seliter, manakala menerusi BUDI95 kekal RM1.99 seliter.

Harga petrol RON97 kekal iaitu RM3.10 seliter.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.