SKMM buka pandangan awam perkukuh keselamatan dalam talian

SKMM buka pandangan awam perkukuh keselamatan dalam talian

SKMM membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat,” katanya.

people using handphone
Kerajaan serius meningkatkan keupayaan platform digital mengurus risiko keselamatan serta memastikan perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Orang ramai boleh memberi pandangan apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan rundingan awam berhubung cadangan kerangka kawal selia Pelan Keselamatan Dalam Talian di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

Rundingan itu melibatkan draf Kod Pengurangan Risiko serta Kod Perlindungan Kanak-Kanak, yang bertujuan memperkukuh keselamatan dalam talian, khususnya bagi kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.

SKMM berkata kerangka kawal selia dan draf kod berkenaan menetapkan keperluan jelas kepada penyedia perkhidmatan dalam talian untuk mengambil langkah munasabah dan berkesan bagi mengurangkan kemudaratan dalam talian secara praktikal.

Menurutnya, langkah itu juga bertujuan meningkatkan keupayaan platform digital mengurus risiko keselamatan serta memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna.

“Melalui rundingan awam ini, SKMM membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat,” katanya.

Orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain dialu-alukan untuk meneliti dokumen rundingan serta mengemukakan pandangan mengenai keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkah yang dicadangkan.

Maklum balas bertulis boleh dikemukakan kepada SKMM secara fizikal atau elektronik selewat-lewatnya 5 petang, 13 Mac.

Bagi cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian, sila layari pautan ini.

Sementara itu, layari pautan ini untuk draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.