
Beliau berkata, penjelasan itu perlu dikemukakan dalam mesyuarat pasca-Kabinet berserta pelan tindakan pemulihan segera bagi memastikan isu sama tidak berulang.
“Rakyat berhak menuntut mutu perkhidmatan lebih efisien dan boleh diharapkan,” katanya dalam hantaran Facebook.
Loke turut mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap gangguan itu.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap Prasarana, sekiranya terbukti berlaku kelemahan operasi tidak munasabah.”
Terdahulu, media melaporkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sekali lagi pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di kebanyakan stesen.
Gangguan turut berlaku pada waktu puncak pagi semalam, selepas beberapa unit tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat isu teknikal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan pengguna pengangkutan awam.
Khamis lalu, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sistem semboyan.