Tiada gangguan operasi LRT Laluan Kelana Jaya

Tiada gangguan operasi LRT Laluan Kelana Jaya

Rapid Rail Sdn Bhd berkata perkhidmatan LRT beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak yang dijadualkan dan tiada keadaan kesesakan luar biasa.

lrt kelana jaya sesak
Rapid Rail Sdn Bhd komited untuk memastikan operasi LRT berjalan lancar.
PETALING JAYA:
Rapid Rail Sdn Bhd menafikan dakwaan berlaku gangguan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya pagi ini seperti dilaporkan beberapa media.

Katanya, perkhidmatan tren itu beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak seperti dijadualkan dan tiada keadaan kesesakan luar biasa dilaporkan di stesen mahupun di dalam tren.

Rapid Rail turut menjelaskan kemas kini khidmat pelanggan Rapid KL di media sosial mengenai beberapa tren yang dikeluarkan daripada perkhidmatan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan operasi.

“Pengeluaran tren daripada perkhidmatan adalah prosedur operasi dan keselamatan standard. Ia mungkin dilakukan sementara bagi tujuan pembaikan kecil termasuk isu prestasi penyaman udara atau sistem lain dalam tren.

“Kami menegaskan bahawa ketelusan operasi tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.