Aaron-Wooi Yik mara ke final All England

Aaron-Wooi Yik mara ke final All England

Beregu lelaki nombor dunia itu menundukkan Chen Bo Yang-Liu Yi 21-11, 21-19 dalam aksi 42 minit.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Pengalaman dan ketenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik jadi kunci menundukkan pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke pentas final kejohanan All England selepas menewaskan pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi separuh akhir.

Pasangan ranking kedua dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menang 21-11, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Aaron-Wooi Yik menguasai permainan sejak awal set pertama apabila mudah mendahului sebelum menamatkannya dengan kemenangan 21-11.

Set kedua menyaksikan tentangan lebih sengit daripada pasangan China, bagaimanapun pengalaman dimiliki beregu negara membolehkan mereka mengekalkan momentum untuk menutup perlawanan 21-19.

Kemenangan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik menambah kelebihan rekod pertemuan kepada 4-1 ke atas Chen-Liu.

Ini kali ketiga Aaron-Wooi Yik melangkah ke final kejohanan All England selepas berbuat demikian pada 2019 dan 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.