
Bekas timbalan presiden PKR berkata keputusan itu disampaikan kepadanya oleh Setiausaha Agung parti, Fuziah Salleh melalui e-mel pada 6 Mac lalu.
“Saya tak tahu apa perbincangan yang berlaku atau apa niat mereka dan objektif mereka, dan saya tidak mahu buat spekulasi.
“Tetapi saya sebenarnya memang bersedia dengan apa-apa pun keputusanya,” katanya kepada pemberita di luar program Ayuh Malaysia di sini hari ini.
Pada 19 Februari, Rafizi mendedahkan bahawa beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada PKR atas alasan beliau didakwa mengisytiharkan keluar daripada parti.
Ini menyusul selepas satu temu bual dengan Sin Chew Daily di mana Rafizi memberitahu beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16, namun kemungkinan besar bukan sebagai calon PKR.
Rafizi menjawab surat tersebut dengan menyatakan bahawa beliau bebas untuk membuat rancangannya sendiri selepas Parlimen dibubarkan.
Beliau juga berkata perkara itu tidak akan timbul “kalau menggunakan pemahaman bahasa Melayu yang waras”.