
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata penasihat yang dilantik, M&A Securities Sdn Bhd, berkata harga tawaran itu adalah pada diskaun antara RM2.69 hingga RM3.33, iaitu kira-kira 46.1% hingga 51.4% berbanding anggaran nilai saham IJM dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48.
“Lembaga pengarah bersetuju dengan kesimpulan dan syor oleh M&A Securities bahawa tawaran itu adalah tidak adil dan tidak munasabah.
“Sehubungan itu, lembaga pengarah sebulat suara mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran berkenaan,” kata syarikat itu.
Tawaran itu akan terus dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 6 Apr.
Pada 12 Jan, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memperoleh keseluruhan 3.51 bilion saham IJM pada harga tawaran RM3.15 sesaham.