
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau hari ini mengisytiharkan Pulau Sebatik di daerah Tawau dilanda bencana kemarau.
Menurut pengerusi jawatankuasa yang juga presiden Majlis Perbandaran Tawau Joseph Pang, keputusan itu diambil selepas meneliti situasi semasa berdasarkan laporan serta maklumat lapangan daripada agensi berkaitan dalam JPBD yang menunjukkan kawasan itu berhadapan keadaan cuaca kering berpanjangan, lapor Bernama.
Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi antara dua negara, dengan bahagian utara terletak di Malaysia manakala bahagian selatan di Indonesia.