Warga China ditahan rakam video tak senonoh dalam tandas lelaki

Warga China ditahan rakam video tak senonoh dalam tandas lelaki

Suspek direman 14 hari dengan polis menemui sejumlah video lucah dalam telefon bimbit.

handcuff gari
Ketua Polis Cheras Mohd Rosdi Daud, berkata lelaki asing itu dipercayai merakam seorang lelaki ketika mangsa menggunakan tandas di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Warga China ditahan selepas disyaki merakam video tidak senonoh dalam tandas lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jalil, Khamis lalu.

Ketua Polis Cheras Mohd Rosdi Daud, berkata lelaki itu diberkas pada 1.28 tengah hari susulan laporan diterima daripada seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi ketika mangsa sedang menggunakan tandas di tingkat empat premis berkenaan, sebelum menyedari dirinya dirakam individu dari tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbit.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas telefon bimbit milik suspek menemui sejumlah video lucah dalam galeri simpanan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 20-an turut mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, lelaki itu kini direman 14 hari sehingga 9 April bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.