KKM tak sambung kontrak pegawai farmasi lepas capai had maksimum

KKM tak sambung kontrak pegawai farmasi lepas capai had maksimum

Namun, pegawai terlibat boleh mohon semula apabila pengambilan lantikan tetap dibuka pada penghujung 2027 dengan gred kemasukan baharu.

pharmacist medicine pharmacy
Kementerian Kesihatan melakukan penjajaran strategik bagi perkukuh sistem sumber manusia kesihatan negara agar lebih saksama, telus, dan berdaya saing. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan berkata tiada urusan penyambungan kontrak pegawai farmasi yang dilaporkan bakal tamat khidmat selepas mencapai had maksimum tempoh kontrak lima tahun.

Namun, KKM berkata, pegawai berkenaan boleh memohon semula apabila pengambilan lantikan tetap dibuka pada penghujung 2027 dengan gred kemasukan baharu, iaitu UF10 yang sebelum ini dikenali sebagai UF43 selaras dengan pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), berkuat kuasa mulai 1 Dis 2024.

Kementerian berkata demikian dalam kenyataan dipetik Bernama, berkait kebimbangan dibangkitkan dalam laporan media pada 2 April lepas bertajuk ’45 Contract Pharmacists in Limbo as Jobs End Saturday’, diterbit portal ini.

“Penjajaran strategik ini merupakan langkah penting bagi memperkukuh sistem sumber manusia kesihatan negara agar lebih saksama, telus, dan berdaya saing dalam jangka panjang,” menurut kenyataan itu.

KKM turut menjelaskan, sebarang tawaran pelantikan tetap adalah bersyarat.

“Surat pelantikan dan penempatan hanya akan dikeluarkan setelah calon memenuhi semua kriteria yang ditetapkan termasuk pengesahan kesihatan, akuan berkanun serta kekosongan jawatan yang dimuktamadkan,” katanya.

Selain itu, KKM memaklumkan terdapat juga kes pegawai terlibat adalah calon simpanan yang perlu menunggu giliran pelantikan mengikut kekosongan jawatan semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.