
SKMM dalam kenyataan berkata susulan itu, seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Katanya, sebanyak enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
“SKMM memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.
“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” katanya kenyataan itu.
Tambahnya, orang ramai juga diingatkan sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial dan media digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.