Bekas ketua pendakwaan AGC kini terajui penguatkuasaan SC

Bekas ketua pendakwaan AGC kini terajui penguatkuasaan SC

Manoj Kurup dilantik pengarah eksekutif penguatkuasaan SC yang baharu, ganti Budiman Lutfi Mohamed.

Manoj Kurup
Manoj Kurup mula kerjaya perundangannya pada 1990 dan mempunyai lebih 3 dekad pengalaman berkhidmat dalam badan kehakiman dan perkhidmatan perundangan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Manoj Kurup sebagai pengarah eksekutif penguatkuasaannya yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini, Manoj mengetuai bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC), dan bahagian rayuan dan perbicaraan AGC sebelum itu.

Beliau memulakan kerjaya perundangannya pada 1990 dan mempunyai lebih tiga dekad pengalaman berkhidmat dalam badan kehakiman dan perkhidmatan perundangan.

Beliau juga merupakan anggota pasukan pendakwaan Malaysia dalam siasatan bersama tragedi MH17.

Manoj menggantikan Budiman Lutfi Mohamed, yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya pada 1 April lepas.

Pengerusi SC Faiz Azmi yakin pelantikan Manoj akan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan suruhanjaya tersebut.

“Manoj membawa bersama kepimpinan dan kepakaran perundangannya yang mendalam ke SC,” katanya dalam kenyataan.

“Pengalaman luasnya akan terus memperkukuh usaha penguatkuasaan kami tatkala kami terus memelihara integriti pasaran dan melindungi pelabur.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.