Lelaki dipenjara 6 bulan miliki 8,000 bahan porno, gambar lucah budak

Lelaki dipenjara 6 bulan miliki 8,000 bahan porno, gambar lucah budak

Tertuduh turut diperintah jalani kaunseling selama setahun selepas selesai jalani hukuman.

seremban court
Tertuduh yang bekerja membantu ayah berniaga roti canai mengaku salah di Mahkamah Sesyen Seremban menyimpan bahan itu dalam peranti elektronik dan telefon bimbit. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Lelaki dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku salah memiliki 8,000 bahan pornografi dan kanak-kanak dalam peranti elektronik termasuk telefon bimbit, Isnin lalu.

Tertuduh, Muhammad Amirul Syafiq Rahmat, 22, turut diperintah Hakim Surita Budin untuk menjalani kaunseling pemulihan selama setahun selepas tamat hukuman, dengan hukumen penjara berjalan daripada tarikh tangkap, 6 April.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki bahan penganiyaan seksual berbentuk video dan gambar lucah kanak-kanak dalam telefon bimbit, lapor Sinar Harian.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 April, di persimpangan lampu isyarat Jalan Pajam, Nilai.

Susulan itu, Amirul Syafiq telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu dikenakan hukuman minimum kerana hanya membantu bapanya berniaga roti canai dan kini tinggal bersama ibu dan kakak.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman penjara setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa pemeriksaan semua peranti elektronik yang dirampas daripada tertuduh telah menjumpai lebih 8,129 bahan pornografi disyaki dewasa dan kanak-kanak.

Beliau turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selepas tempoh pemenjaraan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.