
Suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat, di Taman Puncak Bertam, Melaka, pada 10.30 pagi hari ini.
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata kedua-dua lelaki berusia 28 dan 38 tahun itu berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket.
“Siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak Februari lepas dengan menyasarkan warganegara China yang menetap di AS sebagai mangsa.
“Rumah teres itu dijadikan pusat panggilan sindiket berkenaan dan modus operandi sindiket ialah menawarkan pekerjaan sambilan tidak wujud melalui aplikasi Telegram,” katanya menurut Bernama.
Christopher berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan itu termasuk komputer riba, telefon bimbit, dan peralatan rangkaian dengan anggaran nilai rampasan kira-kira RM30,000.
Beliau berkata, polis akan mendapatkan permohonan reman ke atas kedua-dua suspek berkenaan pada esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.